Ramai orang yang bermimpi untuk membeli rumah pertama selalunya sibuk membuat perbandingan antara projek-projek perumahan yang menarik perhatian mereka. Adakah pelan lantai sesuai, adakah pandangan daripada balkoni cantik.. Namun, satu faktor penting yang selalunya diabaikan ialah, adakah skor kredit anda baik?

 

Laporan kredit, ataupun dikenalkan sebagai CCRIS, boleh didapatkan di Bank Negara Malaysia (BNM). Ia adalah laporan yang penting bagi anda kalau anda berminat beli rumah dengan pinjaman bank.

 

Semasa anda membuat permohonan pinjaman perumahan, bank akan mendapatkan laporan kredit anda daripada BNM. Dalam laporan CCRIS, bank boleh melihat sama ada anda membuat ansuran on-time setiap bulan bagi pinjaman kewangan anda seperti kad kredit, pinjaman kereta, PTPTN, pinjaman peribadi atau sebagainya. Dengan itu bank boleh membuat anggaran sama ada anda seorang pembayar yang boleh dipercayakan, dan memutuskan sama ada pinjaman perumahan akan diluluskan.

 

Oleh itu, kalau mimpi anda adalah untuk membeli rumah pertama, ingat buat ansuran bagi semua komitmen anda setiap bulan on-time. Kalau anda tidak mempunyai apa-apa komitmen kewangan, jangan ingat itu perkara baik kerana tanpa rekod kredit, bank susah membuat anggaran sama ada anda boleh dipercayakan. Ramai orang yang pinjaman tidak diluluskan oleh sebab ini.

 

Kesimpulannya, cadangan yang kami bagi orang muda yang berazam untuk membeli rumah pertama:

1) Jaga skor kredit anda dengan membayar ansuran yang sedia ada tetap masa setiap bulan

2) Kalau tidak mempunyai sebarang pinjaman kewangan, mohonlah kad kredit (kebanyakan ditawarkan oleh bank tanpa yuran) dan gunakannya untuk petrol ataupun grocery shopping. Bayar jumlah penuh setiap bulan. Dengan itu anda akan mempunyai skor kredit yang cantik dalam 6 bulan.

Nak beli rumah? Buat yang berikut dahulu.